Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Unit Industri & Pensijilan

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan industri, pensijilan dan pendidikan keselamatan makanan kepada industri dan pengguna


Fungsi Unit

1. Pensijilan

  1. Merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti industri domestik di peringkat negeri.
  2. Melaksanakan aktiviti pembangunan keselamatan makanan di peringkat kantin dan dapur sekolah, Kompleks Sajian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dapur hospital taska, tadika, perkhidmatan makanan termasuk caterer dan kilang.
  3. Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi pelaksanaan skim pensijilan keselamatan makanan  seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M).
  4. Menyelaras dan melaksanakan khidmat bimbingan bagi perlaksanaan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
  5. Mengumpul maklumat-maklumat berhubung dengan keperluan pengeksportan oleh negara-negara pengimport.
  6. Menyelaraskan aktiviti ke atas Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan memantau pelaksanaan aktiviti pengendalian makanan.

2. Perkembangan Industri

  1. Mengurus pangkalan data premis makanan.
  2. Menjalankan aktiviti promosi sistem pengurusan kualiti keselamatan makanan
  3. Memberi khidmat nasihat berhubung dengan sistem pengurusan keselamatan makanan kepada pihak indsutri makanan.
  4. Melaksanakan aktiviti pembangunan keselamatan makanan di peringkat institusi seperti kantin dan dapur asrama sekolah, dapur hospital, taska dan tadika, perkhidmatan makanan termasuk katerer dan kilang.

3. Pendidikan Industri dan Pengguna

  1. Merancang dan melaksana program-program industri dan pendidikan pengguna.
  2. Melaksanakan program bergerak Skuad Germ Buster ke sekolah dan R&R lebuhraya.
  3. Menjalankan Khidmat nasihat, latihan dan pendidikan kepada industri dan pengguna.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pihak industri mengenai keperluan keselamatan makanan.
  5. Menjalankan aktiviti promosi sistem pengurusan kualiti keselamatan makanan.
  6. Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan.
  7. Perhubungan awam, media dan industri

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl.moh.gov.my

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

QR-Code dieser Seite

Statistik Pelawat

Hari ini 23

Semalam 295

Minggu Ini 458

Bulan Ini 742

Keseluruhan 222,256