Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Awam

Pengenalan

Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Awam berperanan:

  • Merancang dan melaksanakan program-program di bawah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.
  • Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di institusi kesihatan.
  • Memastikan Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna.
  • Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan.


Fungsi

  1. Menyelaras dan menyelia program penyelenggaraan dan kerja-kerja kecil bangunan dan kemudahan kesihatan serta menyediakan khidmat nasihat teknikal di mana ia diperlukan.

  2. Menyelaras kerja- kerja pembaikan kecil.

  3. Bagi menentukan semua bekalan air awam adalah selamat untuk digunakan serta bebas dari sebarang pencemaran fizikal, bakteria dan kimia.

  4. Bagi menentukan kesihatan alam sekitar dilindungi melalui pengurusan yang baik dalam melupuskan sisa-sisa buangan seperti sisa pepejal, sisa klinikal dan sisa toksik.

  5. Melindungi kesihatan awam melalui pengurusan yang baik dalam merancang, merekabentuk, melaksana, operasi dan penyelenggaraan sistem pengurusan air sisa.

  6. Melindungi kesihatan awam daripada pencemaran udara dan keadaan pengudaraan persekitaran dalaman yang sempurna melalui program PEKA.

  7. Mengawal penggunaan sinaran mengion dalam perubatan melalui penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi tujuan perlindungan kepada pesakit, pekerja dan orang ramai.

  8. Memberi khidmat nasihat dari segi keperluan dan kehendak Akta 304 kepada perkhidmatan x-ray di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan klinik pergigian kerajaan.

  9. Memantau kesan kesihatan berikutan penggunaan sinaran tak mengion dalam kehidupan harian.

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl.moh.gov.my

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

QR-Code dieser Seite

Statistik Pelawat

Hari ini 23

Semalam 295

Minggu Ini 458

Bulan Ini 742

Keseluruhan 222,256