Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Pengenalan

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) terbahagi kepada 4 seksyen yang terdiri daripada Seksyen Pelesenan, Seksyen Perisikan & Operasi, Seksyen Siasatan dan Pendakwaan dan Seksyen Kawalan Iklan dan Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi.

 

Fungsi

1. Seksyen Pelesenan

a. Memproses dan mengeluarkan Lesen Racun Jenis A/B/E, Permit NaOH dan Permit Methadone di bawah Akta Racun 1952.

b. Menjalankan Audit/Pemeriksaan:

•          Prekursor

•          Permit Methadone

c. Menjalankan Tugas Pemeriksaan terhadap Premis Berlesen (Lesen A, Lesen B dan Permit NaOH), Premis Berdaftar (Klinik/Hospital     Bedaftar) dan Premis Tidak Berlesen.

d. Saksi kepada pelupusan bahan psikotropik dan dadah berbahaya oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.

2. Seksyen Perisikan dan Operasi

a. Menjalankan serbuan ke atas premis individu/syarikat/perniagaan yang terlibat dengan kegiatan yang melanggar Akta yang     dikuatkuasakan

b. Menjalankan tugas pengesahan aduan dan maklumat yang diterima oleh Jabatan berkaitan Akta yang dikuatkuasakan.

c. Menjalankan tugas risikan ke atas produk dan individu/syarikat/perniagaan yang terlibat dengan kegiatan yang melanggar Akta     yang dikuatkuasakan.

d. Menjalankan aktiviti audit ubat-ubat terkawal

3. Seksyen Siasatan dan Pendakwaan

a. Menjalankan Tugas Penyiasatan Kes Bukan Iklan.

b. Menjalankan Tugas Pendakwaan Di Mahkamah.

c. Menguruskan aktiviti pengendalian eksihibit dan stor ekshibit.

4. Seksyen Kawalan Iklan Penguatkuasaan Farmasi

a. Memantau informasi berbentuk elektronik yang berkaitan dengan akta yang dikuatkuasakan.

b. Menjalankan Tugas Penyiasatan Kes Iklan.

c. Memantau dan menyaring iklan produk dan perkhidmatan perubatan di media dan saringan iklan di premis pemeriksaan iklan

d. Menjalankan aktiviti hubungan bersama pemegang taruh

Cawangan Amalan Dan Perkembangan Farmasi

Pengenalan

Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi (A&P) secara umumnya merancang, menyelia dan memantau Perkhidmatan Farmasi di semua fasiliti kesihatan di JKWPKL&P yang merangkumi 2 buah hospital dan 20 buah klinik kesihatan di bawah 5 buah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl.moh.gov.my

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

QR-Code dieser Seite

Statistik Pelawat

Hari ini 25

Semalam 295

Minggu Ini 460

Bulan Ini 744

Keseluruhan 222,258